Implikasi pertama
Peristiwa 13 Mei ialah pengisytiharan darurat. Berikutan rusuhan yang belaku pada 13 Mei di sekitar
Kuala Lumpur dan Selangor, pada 16 Mei 1969, Darurat telah diisytharkan oleh
Yang Di-Pertuan Agong di bawah Ordinan No.2 ( Kuasa-kuasa perlu) Darurat
1969 – P.U.(A) 149. Dengan pengisytiharan itu, Perlembagaan
Persekutuan digantung. Darurat menjadikan ibu kota Kuala
Lumpur seperti kota lama ditinggalkan, bergelap serta seakan
berkabung atas kehilangan nyawa yang begitu banyak dalam satu masa. Apabila berkuatkuasanya Ordinan
Darurat maka Parlimen dibubarkan. Negara diletakkan dibawah pemerintahan penuh
YDPA yang mengetuai turus angkatan tentera. Pasukan-pasukan tempur dan bantuan
tempur serta Pasukan Wataniah telah diatur gerakkan untk membantu mengawal
ketenteraman Op Gerahana , Pasukan-pasukan yang memainkan peranan penting
dalam battalion 2 RAMD, 5 RAMD dan 7 RAMD. Darurat menjadikan ibu
kota Kuala Lumpur seperti kota lama ditinggalkan, bergelap serta
seakan berkabung atas kehilangan nyawa yang begitu banyak dalam satu masa.
Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.
MAGERAN dibentuk bertujuan diwujudkan bagi:
1.Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.
2.Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.
3. Mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia.
Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971 menangani isu-isu pembinaan semula perpaduan masyarakat
MAGERAN telah
mewujudkan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah
dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas
berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman
negara. Rukunegara juga menjadi panduan bagi rakyat Malaysia bertindak dengan
memberi penekanan kepada matlamat untuk mewujudkan satu masyarakat yang
bersatu, demokratik, adil, liberal dan saintifik. Sejak kemerdekaan lagi,
seluruh rakyat Malaysia telah menerima Perlembagaan Persekutuan yang menjamin
hak istimewa semua kumpulan etnik dan Rukunegara sebagai panduan kita dalam
pembinaan bangsa. Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukunegara jelas
merupakan kunci kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk memelihara
dan menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan
Malaysia.
Berikutan jurang
perbezaan sosio ekonomi antara kaum Melayu dan Cina serta kaum India kerajaan
dan tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1060, kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) pada tahun 1971 yang dibentuk menerusi MAGERAN. DEB bertujuan untuk
merapatkan jurang ekonomi antara semua kaum yang mendiami Malaysia serta
mencapai keharmonian kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. DEB
juga bertujuan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial,
kebudayaan, penempatan dan sebagainya. Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani nelayan dan pesawah.
Antara program dan perancangan yang telah dilaksanakan ialah seperti berikut:
a) Penyediaan infrastruktur parit dan taliair termasuk pemberian subsidi dan kredit bagi membolehkan pesawah melaksanakan penanaman padi dua kali setahun.
b) Menyediakan skim penanaman semula yang menggalakkan penggunaan benih kacukan berhasil tinggi, termasuk pemberian kredit dan subsidi sara hidup serta bantuan untuk pembiakan ikan dan kegiatan ternakan yang ditujukan kepada pekebun kecil.
c) Menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian subsidi kepada nelayan untuk membantu mereka memberi kelengkapan menangkap ikan yang perlu dan lebih berguna.
d) Memlaksanakan rancangan pembukaan tanah baru yang membolehkan penghuni desa menyertai kegiatan pertanian moden, misalnya skim anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA).
e) Melaksanakan penyediaan kemudahan sosial seperti klinik, hospital, sekolah bekalan air dan elektrik, rumah kos rendah dan peluang pekerjaan sebagai peniaga kecil bagi kumpulan berpendapatan rendah.
Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula menyedari peri pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Justeru wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi maslah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam SeMalaysia (PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik. Tujuan pembentukan Barisan Nasional ialah untuk mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971. Rombakan politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang cukup memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan kaum.
Dasar Pembangunan Nasional (DPB) diumumkan oleh Datuk Seri Doktor Mahathir Mohammad pada 17 Jun 1991 di parlimen. DPN dilaksanakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun 19912000. Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan bermatlamatkan untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil . Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan kaum.
KESIMPULAN
Peristiwa pahit 13
Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang
menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua
pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang
mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya
integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal
dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah
negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.
Selepas peristiwa ini kerajaan telah memperkenalkan
beberapa dasar seperti Dasar Ekonomi Baru dan Rukun
Negara bagi memulihkan system sosio-ekonomi negara dan perpaduan
penduduk. Diharapkan peristiwa seperti ini tidak lagi berulang di Malaysia.
Dalam peristiwa ini apa yang penting bukanlah siapa yang terlibat dan bersalah
dalam rusuhan ini, tetapi apakah puncanya peristiwa ini berlaku dan apakah
langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya. Sikap ultra-racist,
chauvinist serta kegagalan dalam memahami Kontrak
Sosial dan Pakatan Murni semasa penubuhan Malaysia merupakan
punca utama masalah ini berlaku.
RUJUKAN
Saya baru tahu cerita ni .Itu pun dari kawan sya .terima kasih kongsi cerita sejarah ni.
ReplyDeletePerkongsian yg sangat menarik disamping dapat memberi pengajaran kpd setiap pembacanya.
ReplyDeleteizinkan saya untuk ambil point di sini untuk assignment :)
ReplyDeleteGolden Nugget Casino - MapyRO
ReplyDeleteGolden Nugget 진주 출장안마 Hotel & Casino is located in the beautiful Las Vegas 여수 출장안마 Strip and features an indoor pool with sauna, a 전라북도 출장안마 Jacuzzi, 남양주 출장샵 and a granite-topped wet 경주 출장샵 bar.